top of page




SINOPSIS CERITA
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ali yang berimaginasi tinggi serta gemar berpengembaraan. Ali menjelajahi halaman rumahnya seolah-olah ia sebuah hutan ajaib serta lautan luas yang penuh dengan cabaran. Ali menyedari bahawa setiap pengembaraan boleh membawa kegembiraan dan pengajaran berharga buatnya.

SINOPSIS CERITA
Cerita ini mengisahkan tentang Putera Leo, seorang putera yang sering berfikiran negatif dan hidup dalam kesedihan. Setelah dinasihati ayahandanya, dia mula belajar melihat keindahan dan kebaikan dalam kehidupan. Kisah ini menunjukkan bagaimana fikiran positif mampu membawa kebahagiaan kepada diri dan orang lain.
SINOPSIS CERITA
Cerita ini mengisahkan tentang Putri Aurora, seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang tinggal di Kutub Utara yang sangat sejuk. Dia mempunyai semangat ingin tahu dan hati yang penyayang dalam meneroka dunia ais untuk mencari kebahagiaan sejati. Putri Aurora percaya bahawa setiap usaha kecil mampu membawa kegembiraan kepada semua orang.
bottom of page


